Thursday, May 19, 2011

Jiwa Keresahan

Hrmmm....beberapa minggu ni slalu jak lupa...fkran pn rsa serabut....hari ni rasa x aman jak hati..takut pun da...cabaran dalam hidup macam2 yang harus dilalui...Keresahan pertama takut keputusan tawaran sambung belajar kuar ahad ni...xtau lh klau dapat nak sambung lagi @ terus belajar...da juga dengar pendapat dan nasihat dari orang2 terdekat...tpi keputusan tetap di tangan sendiri...we must make the right decision for our own future...pendapat dan cadangan dari org disekeliling kita tu cuma membantu kita berfikir secara rasional pa yang ptut kita buat....Keresahan kedua....ku tolong isi SE untuk kawan ku...masalahnya sekarang ku lupa mana ku letak pswd n id dia...huhu tkut jga klau hilang pa nk wt jga....adoi......macam manalah.......

Monday, May 2, 2011

Rossa - Ku Menunggu

10 petanda dia adalah jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

“ Manusia merancang, Tuhan menentukan..”
Yang tinggal hanya kenangan...

Kisah Cinta ku

~Cinta~Love~

Perkenalan bermula dengan hai boleh berkenalan sapa nama asal mana umur berapa bangsa apa. Dari situ terjalinlah hubungan persahabatan antara kami berdua. Sejujurnya aku hanya menganggap dia sebagai sahabat dan tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan lebih dari itu. Entah macam mana suatu hari dia meluahkan isi hatinya dan bodohnya aku tidak sedar dia jatuh cinta padaku. Pengakuan yang dia buat padaku membuat airmataku jatuh kerana aku telah menganggap dia hanya lah kawanku. Apa yang perlu aku buat adakah patut untukku terus menerimanya atau patutkah aku menolaknya dan jika aku menolaknya apa kah hubungan persahabatan kami akan pudar dan terus tidak bersahabat. Aku membuat keputusan supaya dia dapat memberi aku masa dalam membuat keputusan dan aku juga serba salah untuk mengecewakannya... Tanggal 30 January 2008 pada jam 7.22am hati aku terbuka untuk menerima cintanya..dapat ku rasakan dia bahagia dengan jawapanku...

Setahun Kemudian
Cinta yang terjalin sunnguh indah dan manis untuk dikenang.Aku rasa amat bahagia bersamanya dia terlalu menyayangi dan menjaga perasaanku. 3 pegangan yang ada dalam hubungan kami ialah kepercayaan kesetiaan dan kejujuran sehingga hubungan kami mampu terjalin sehingga usia hubungan kami mencecah 3tahun 4bulan.

Kesedihan
Aku sedih...jujur aku katakan aku amat menyayangi nya. Tanpa dia disisiku hidup ku sunyi. Ntah dimana silapnya sehingga muncul perempuan lain dalam hidupnya. Sedih teramat bila dia mengatakan dia masih mencintai dan menyayangi ku dan aku adalah terbaik untuk hidupnya. Hatiku kecewa terluka aku tidak sanggup untuk bermadu kasih dan aku rela mengundur diri untuk dia dan hubungannya dengan perempuan lain. Aku redha kalau memang dia bukan jodohku asalkan dia bahagia dalam hidupnya. Kalau jodoh tak kemana.

Kebangkitan
Dalam kesedihan aku mula sedar dan bangkit untuk teruskan kehidupan. Realitinya dalam percintaan xkan lari dari rasa cinta sayang sedih gembira dan kecewa. Cinta datang dan pergi dan cinta sejati yang ikhlas dari hati yang murni pasti akan mendapat kebahagian suatu hari nanti. Aku bersyukur walaupun aku kehilangan orang yang dicintai aku rasa tarikh 1 Mei  membuatkan aku ingin memulakan kehidupan baru dan aku merasakan diriku lebih matang dari sebelumnya. Dia telah pergi dari hidupku tapi Tuhan telah beri aku petunjuk untuk terus ke depan dan teruskan kehidupan. Rasa tenang dalam hati ini membuatkan hidup ini lebih aman dan tenteram dan xperlu untuk terus bersedih lagi.


Yang tinggal hanya kenangan....

Tuesday, August 31, 2010

Apa yang terjadi

Sekarang baru ku sedar apa yang terjadi dalam hidup ini xkira baik atau buruk pasti ada hikmah di sebalik semua tu. Dugaan yang datang dalam hidup membuatkan kita lebih matang dan berfikir untuk membuat keputsan yang lebih baik. Bila kita redha dengan apa yang telah terjadi dalam hidup kita Tuhan akan memberi jalan dalam hidup kita untuk lebih maju ke depan. Sekarang aku sedar pengalaman semalam menyedarkan aku untuk lebih matang....

MOTIVASI DIRI

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.